Mengapa Belajar Berenang ?
1] Kerana Kita Manusia
Kita adalah manusia dan kita adalah makhluk yang paling istimewa. Manusia ada yang pandai berenang dari kecil, ada yang pandai berenang sewaktu dewasa dan ada juga juga yang tak reti berenang langsung. Mengapa begitu? Kerana kita perlu belajar. Haiwan tak perlu belajar kerana mereka diberikan kelebihan untuk berenang secara semulajadi. Jadi kita? Kenalah pandai berenang juga.
2] Keselamatan Diri
Semua orang tahu kan yang kita bukan semua hidup di darat, ada juga yang hidup di laut. Jadi mereka ni pastilah perlu pandai berenang. Bagi yang hidup di bandar, sekali-sekala pastilah mahu pergi ke laut atau pantai.. Pastu mandi dekat situ.. Kalau pandai berenang takpa lah, tapi kalau tak pandai, mungkin sesuatu yang buruk akan terjadi. Banyak kematian di dunia ini disebabkan lemas kerana tak tahu berenang. Kalau pandai berenang, diri kita akan lebih selamat dan kurang risiko.
3] Aktiviti Yang Menyihatkan Badan
Berenang sememangnya aktiviti yang menyihatkan badan. Ianya mampu meningkatkan metabolisma badan dan mampu menguatkan otot. Air yang bersih mampu memberikan keselesaan pada badan. Air juga mampu menyejukkan tubuh badan bagi para perenang.
4] Membuat Diri Gembira
Kalau kita stress, berenang antara aktiviti terbaik untuk mengubatinya. Berenang juga mampu memberikan ketenngan pada minda kita. Pada waktu cuti, eloklah membawa keluarga untuk pergi berenang. Pasti semua orang rasa lebih baik setelah penat bekerja. Yang paling istimewa, berenang antara sukan yang tidak menunjukkan peluh.
Itulah kelebihan berenang. Kita kena belajar berenang walaupun kita rasa yang ianya tak penting. Bagi sesiapa yang tak tahu berenang, mintalah tunjuk ajar pada sesiapa yang tahu tu. Bagi sesiapa yang tahu, ringan-ringan lah tulang untuk mengajar. Berenang sememangnya aktiviti yang baik dan menyihatkan.
